Thursday, April 21, 2011

hahahha

ape la...org len buat blog ak pun gatal nk wat blog gak.....

tapi masalahnye ak nie BAPOK malasnye nk update mende2 niey...

ADUYAI...hahahahhahaha....

nasibla... yang penting AKU tetap AKU!!!

Tuesday, September 28, 2010

esemen

Bosan la nk wak esemen..
bosan giler2..
 nk watpe nie..
blurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.........

Monday, July 19, 2010

teka teki pecah perut




SoALaN...

1: Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung?

2:Banyak2 kotak, kotak apa yang takleh angkat? 

3 : Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar??? 
     Teka.. teka.. kalo terer! 


4 : Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.

5 : Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip??? 

6 : Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kak
      dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU??? 

7 : 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung?? 

8 : Dalam Banyak2 air,air apa yg paling berani?
     Ha.Ha.Ape bende tu?!

9 : Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggar
     seekor katak.apakah yang akan turun dahulu selepas pemandu itu behenti?

10 : 2. Ada 3 biji limau kendian dibahagi kepada 3 bahagian..lepas tu dibagi plak pada 3 orang..baper seorang    
     dapat?

11. Kenapa Tayar belakang kereta botak dahulu dari tayar hadapan?

12. Ada sekor gajah dan sekor kancil,berjalan2 dalam utan.suatu ketika mereka terjumpa sebuah titi.semasa 

      kancil menaiki titi tersebut,titi tersebut runtuh.kancil telah patah kaki,gajah pula patah... .

13. Banyak2 ikan,ikan apa yang pemalu?

14. Andai kata anda terjumpa mayat manusia dan bangkai haiwan, yang mana satu anda tutup dulu?

15. Apakah benda yang kita potong tetap akan panjang?


Jawapan: 

1 :Seluar dalam ler.. haha

2 : Kotak penalti lah.. wawawa! 

3 : Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul lar hue hue hue!! 

4 : lilin masa sambut EPI BESDAY 

5 : kerani

6 : Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri

7 : Sebab tak hujan aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi soalan bebudak pun takleh nak jawab!!

8 :Kalau nak tahu, jawapan yg sebenarnye ialah air terjun..sebab dia berani terjun!!!! Ha!!! Ha!!!       
    Ha!!!!!

9 :jawapannya ialah meter bas tulah

10:jawapannyer sorang dapat sebiji limau ler... sbb sama gak ko potong atau tak... heheheeemesti dapat 
    sorang sebiji.

11. Sebab dia selalu memikirkan kenapa dia tidak boleh potong tayar hadapan.

12. Gajah patah balik, dia mana berani nak lalu titi tu.

13. ikan sardin sebabnyer dia dok dalam tin...

14. Hidung

15. kacang panjang, takkan lah dah potong kita panggil kacang pendek..





Sunday, July 18, 2010

Wajib baca!!

FAKTA

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,
jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu
dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem
La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini
pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah
kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta
700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama
digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu
cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga
digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet
ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain
kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori
oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa
ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng
adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari
segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang
yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah
kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung
tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat
jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai
ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam
yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

hehehehehhehehehehe eh....... ....Sentuh la telinga kurang ngan siku sampai ia kena.......Tak normla la korang maknanya

Kisah Buang Bayi

Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.

Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.
Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.
Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid...?
Pak Majid:Hmmmmmmm... Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya...
Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.
Pak Majid: Hmmmm....Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..
Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!
Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu....Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!
Pak Abu: HEHEHEHEHE....

11 jenis manusia didoa Malaikat

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat.

WAllahu'alam. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah

Monday, July 12, 2010

thE viOcE Of nIsA'

nisa' lam bhsa arab bermaksud wanita...
jadi lau voice of nisa' 2 tau2 jela ap mksdny kn...
aduyai... cmne niey... mlm niey da ptndingan niey..
xprepre pn ag...lgu bru jew nk plih...
mmg lwak gler..nk nynyi pe tah mlm niey...
huhuhu... ttba2 je kteorg yg kena..xpe la...huhu..
ap yg meyeramnkan ialh, blok laen da buat latihan..
ak n d geng xbt ppe pn ag..dah la rhersal ptg niey..
waduh2....
my f4 groUp ngah tdo smua..sngt bgs...hahahahah..
ap nk jdi da... taram jela kn...hahahah...
Myb plih lagu nirmala,tp iktkan hti nk ambk lagu nobody's home..
avril lavigne...hahahah..bru gempak..
tp 6t plik lak kn..org laen nyanyi lagu nasyid, tba2 ad lagu rOck..
hahhahaha...Wait n see tOOOOnight!! huuu